Sunday, August 23, 2009

Welcome to KEM RAMADHAN



Untuk catatan saya kali ini, saya takkan menceritakan tentang kebaikan-kebaikan bulan Ramadhan, apa amalan-amalan yang dituntut di bulan ini, dan apa saja perkara-perkara yang berkaitan dengan bulan yang penuh barakah ini. Rasanya ramai yang dah tau bab-bab itu. Lagipun ramai lagi orang-orang di luar sana yang lebih layak untuk menerangkan pasal perkara-perkara tersebut. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa sedang menuntut ilmu di Kolej Matrikulasi Kedah.

Al-kisah……….semasa belajar di KMK ada seorang pelajar lelaki bernama M( bukan nama sebenar). M merupakan seorang pelajar yang biasa-biasa saja. Pergi lecture, balik lecture. Petang riadah, main skateboard. Pergi masjid pun hari Jumaat je. Tup tap tup tap, Ramadhan pun tiba, masa tu masjid pun mula la penuh. Orang yang tak pernah nampak muka masa magrib pun tiba-tiba ada. Alah, tak heran pun, Ramadhan.

Pada suatu petang( lepas zohor rasanya) saya ternampak M sedang membaca Al-Quran, dan student-student lain yang tak pernah nampak muka pun ada di masjid. Hari cuti la katakan, banyak masa free. Kalau ikut pengalaman, sementara je semua nie. Masjid penuh bila Ramadhan. Habis Ramadhan, habislah masjid. Walaupun setiap kali masuk masjid, ada je muka M dengan teman-temannya, saya masih beranggapan amalan mereka, kealiman mereka cuma sementara.

Tup tap tup tap, Ramadhan pun habis. Selang beberapa hari lepas cuti habis, semasa masuk ke masjid, ternampak M dengan beberapa temannya. M bukan lagi M yang dulu. M bukan sahaja rajin ke masjid, malah M turut terlibat dengan kerja-kerja dakwah. 5 waktu sehari semalam M memang akan hadir ke masjid. Pada waktu tersebut, saya pun tak turun masjid kalau subuh, solat di bilik je masa tu. Adoih, segan saya dengan M masa tu.

Itulah kesan KEM RAMADHAN. Bila kita join mana-mana kem, kalau dimanfaatkan kem tersebut semaksimum yang mungkin, insyaallah akan ada kesan kepada diri kita. KEM RAMADHAN, kem yang banyak melatih jiwa kita, yang melatih kita mengawal nafsu, dan banyak lagi training-training yang disediakan di kem yang Allah sediakan khas untuk umat Islam. Manfaatkanlah waktu ini wahai sahabat-sahabat…

Sunday, August 9, 2009

Tengok Subtitle je...!!!


Daybreak's Bell

Klip video di atas merupakan salah 1 drp soundtrack GUNDAM 00, salah 1 anime favourite saya. Lagunya mempunyai makna tersendiri. Lain orang lain tafsiran la kn?? Dari sudut pandangan saya, lagu ini bertemakan keamanan, kebencian kpd peperangan, harapan yg tak putus-putus m'harapkan keamanan yg berkekalan. Dalam anime ini banyak lagi lagu-lagu yg mempunyai mesej yg sama. Lagu-lagu macam nie yang patut diperbanyakkan. Nie tidak, asyik-asyik cinta, asyik-asyik cinta. Bosan aku layan lagu local dengan indon.


Pernah sekali saya pergi ke satu ceramah semasa semester pertama pengajian saya, penceramah t'sebut lecturer fac mechanical engineering,dia ada cakap:

"Sekarang anak-anak sudah berada di universiti. Tak kiralah jurusan apa pun. Baik dari jurusan seni muzik mahupun jurusan kedoktoran.

"
Hati saya mula m'berontak,"yeke??soo...kalau amik jurusan seni muzik nak jadi apa??",

Penceramah t'sebut terus menyambung,"Dalam perjuangan Islam, semua jurusan diperlukan. Kalau anak-anak tak percaya, anak-anak tengok, yahudi dan geng-geng mereka menyerang umat Islam dari mana, dari kawasan-kawasan yang umat Islam anggap tidak penting. Muzik la contoh yang paling senang. Tak ramai orang Islam nak hasilkan muzik-muzik untuk hiburan umatnya, sebab itu senang orang yahudi serang Islam dari kawasan itu..."

Selepas hadir ke ceramah itu, pandangan saya t'hadap semua course di Universiti berubah. Betul cakap penceramah tadi. Dalam perjuangan Islam, semua perkara diperlukan, sekalipun nampak remeh, macam course seni muzik tadi.


Berbalik kpd video di atas, jepun banyak m'hasilkan pelbagai jenis muzik dengan pelbagai tema. Honestly, kalau tengok negara kita, hampir kesemua lagu kita membicarakan tentang cinta manusia yang sementara(Kalau kekal xpe la jugak).Dengan lagu Coba(Padahal aku layan jugak),Lagu Untukmu, dan macam-macam lagi laa lagu yang jiwang-jiwang karat nie.Hisy....macam mana anak-anak muda kita tak terasa nak couple, lagu yang mereka dengar setiap hari dah terlebih cukup untuk galakkan mereka dari buat benda tu. Pelik-pelik, macam-macam usaha dibuat untuk membendung benda-benda macam nie. Tapi sebenarnya lagi banyak catalyst-catalyst yang ada.Tapi tak ramai yg perasan.Or maybe lagi tepat ramai yg layan je lagu-lagu camni.Lagu-lagu macam Mentera Beradu gandingan Malique dan M.Nasir,dan Alhamdulillah oleh Too Phat patut dipuji.Lagu macam nie la yg kita nak.Lagu yg m'insafkan dan buat kita b'fikir.Bukan lagu-lagu yg buat kita angau.Pendek kata,Lu pikir la sendiri. Sekian untuk masa nie,Assalamualaikum.....

Thursday, August 6, 2009

Basic awak cne?? Ok??


"Orang dulu-dulu, kecik-kecik dah hafal Quran, ilmu hadith?? beres....ilmu tafsir?? beress..., sebab tu datang la ilmu ape pn kt dorang, insyaallah dorang x kn sesat, sebab dorang punye basic dah setel awal-awal...", cakap Abang Hafiz dlm usrah ntah yang ke berapa, solehtaiko pun x ingat.

Tapi itulah hakikat zaman sekarang, kecik-kecik diajar benda-benda ngarut, menari la..., joget la..., mereka tak diajar untuk kenal Allah dan Islam awal-awal. Excusenye 'biar la, dorang kecik lagi...' . Haiyoo....sebab kecik la kena diajar. Kan orang tua cakap, melentur buluh biarkah dari rebungnya. Nanti dah jadi rebung x kan ter'geheh-geheh' nak ajar.

Kalau x percaya, tengok saja remaja-remaja zaman sekarang. Macam-macam budaya dah mereka ikut, dengan 'shuffle' laa...dengan kumpulan-kumpulan yang ngarot-ngarot la, dan yang paling peliknya semua tuu datang dari luar, dari negara asing. X kan mereka x pernah tanya, dari mana datang budaya tuu?? apa advantages dia??

Kadang-kadang bila termenung skali-skala, terfikir pasal benda-benda macam ni. Sampai sekarang solehtaiko x paham kenapa mereka-mereka itu asyik ikut jee benda-benda macam ni. Kalau ikut dan paham boleh terima lagi, masalahnya mereka x paham pun apa yang meraka buat. Bila ditanya moden la kononnya. Kejadah Moden ..!!!

Itu la pasai.......Ilmu Islam bukan diajar untuk dapat 'A' SPM jee....Islam itu agama yang sempurna. Dari bangun tidoo sampai tidoo balik semua dah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda. Kalau Basic Islam kita dah kukuh, blajoo ler ilmu apa pun, brainwash la dengan ceramah apa pun, insyaallah kita x kan sesat. Alaa...kan Nabi ada cakap, "Aku tinggalkan kepada umatku 2 perkara, Siapa yang berpegang teguh dengan kedua-duanya, aku jamin dia x kan sesat. Perkara tersebut ialah Al-Quran dan Sunnahku....",siapa yang riwayatkan solehtaiko x ingat, tapi hadith ni disahkan SOHEH.