Sunday, August 9, 2009

Tengok Subtitle je...!!!

video
Daybreak's Bell

Klip video di atas merupakan salah 1 drp soundtrack GUNDAM 00, salah 1 anime favourite saya. Lagunya mempunyai makna tersendiri. Lain orang lain tafsiran la kn?? Dari sudut pandangan saya, lagu ini bertemakan keamanan, kebencian kpd peperangan, harapan yg tak putus-putus m'harapkan keamanan yg berkekalan. Dalam anime ini banyak lagi lagu-lagu yg mempunyai mesej yg sama. Lagu-lagu macam nie yang patut diperbanyakkan. Nie tidak, asyik-asyik cinta, asyik-asyik cinta. Bosan aku layan lagu local dengan indon.


Pernah sekali saya pergi ke satu ceramah semasa semester pertama pengajian saya, penceramah t'sebut lecturer fac mechanical engineering,dia ada cakap:

"Sekarang anak-anak sudah berada di universiti. Tak kiralah jurusan apa pun. Baik dari jurusan seni muzik mahupun jurusan kedoktoran.

"
Hati saya mula m'berontak,"yeke??soo...kalau amik jurusan seni muzik nak jadi apa??",

Penceramah t'sebut terus menyambung,"Dalam perjuangan Islam, semua jurusan diperlukan. Kalau anak-anak tak percaya, anak-anak tengok, yahudi dan geng-geng mereka menyerang umat Islam dari mana, dari kawasan-kawasan yang umat Islam anggap tidak penting. Muzik la contoh yang paling senang. Tak ramai orang Islam nak hasilkan muzik-muzik untuk hiburan umatnya, sebab itu senang orang yahudi serang Islam dari kawasan itu..."

Selepas hadir ke ceramah itu, pandangan saya t'hadap semua course di Universiti berubah. Betul cakap penceramah tadi. Dalam perjuangan Islam, semua perkara diperlukan, sekalipun nampak remeh, macam course seni muzik tadi.


Berbalik kpd video di atas, jepun banyak m'hasilkan pelbagai jenis muzik dengan pelbagai tema. Honestly, kalau tengok negara kita, hampir kesemua lagu kita membicarakan tentang cinta manusia yang sementara(Kalau kekal xpe la jugak).Dengan lagu Coba(Padahal aku layan jugak),Lagu Untukmu, dan macam-macam lagi laa lagu yang jiwang-jiwang karat nie.Hisy....macam mana anak-anak muda kita tak terasa nak couple, lagu yang mereka dengar setiap hari dah terlebih cukup untuk galakkan mereka dari buat benda tu. Pelik-pelik, macam-macam usaha dibuat untuk membendung benda-benda macam nie. Tapi sebenarnya lagi banyak catalyst-catalyst yang ada.Tapi tak ramai yg perasan.Or maybe lagi tepat ramai yg layan je lagu-lagu camni.Lagu-lagu macam Mentera Beradu gandingan Malique dan M.Nasir,dan Alhamdulillah oleh Too Phat patut dipuji.Lagu macam nie la yg kita nak.Lagu yg m'insafkan dan buat kita b'fikir.Bukan lagu-lagu yg buat kita angau.Pendek kata,Lu pikir la sendiri. Sekian untuk masa nie,Assalamualaikum.....

3 comments:

  1. ermmm............btol2....ak pon baru tebuka mata pas bace ni..wawa.....
    x kesah la kos ap pon....jnji kta dpt sumbang sesuatu utk agama,bangsa dan negara sgt bgs bgs dan menckupi......
    sume benda 2 kan ilmu...dan ilmu ni kan luas.....mcm aku....awl2 dlu ak cam minat gler kos ak...tp alih2 jd cam kurg minat tao.........x taw sbb ap mgkn gk sbb byk teknikal n kraetif kot...ak ni biase2 jew..ahaks....so cam cuak gak ar...tp pas bace ni ak cam minat blk ar.......huhuhu..........yeay~~~~~~tq solehtaiko.....................

    ReplyDelete
  2. hohohoho,
    thnx la cik intan,
    tu yg aku nak,
    bila org bce bolg aku,
    'mata' dorng t'bkk,
    neway,
    gudluck r stdy...

    ReplyDelete
  3. thumbs up utk chean!!! walaupun n3 ko nie da berabad... ak baru ad kesempatan baca...
    ak setuju ngan ko...
    tp anak sekarang amik kos muzik da yg sama waktu dengannye.. just nk kejar duit n duniawi jer... so pada ak la.. kos ap pun.. yg penting datang dr hati individu tue sndri... tul x?

    ReplyDelete