Sunday, August 23, 2009

Welcome to KEM RAMADHAN



Untuk catatan saya kali ini, saya takkan menceritakan tentang kebaikan-kebaikan bulan Ramadhan, apa amalan-amalan yang dituntut di bulan ini, dan apa saja perkara-perkara yang berkaitan dengan bulan yang penuh barakah ini. Rasanya ramai yang dah tau bab-bab itu. Lagipun ramai lagi orang-orang di luar sana yang lebih layak untuk menerangkan pasal perkara-perkara tersebut. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa sedang menuntut ilmu di Kolej Matrikulasi Kedah.

Al-kisah……….semasa belajar di KMK ada seorang pelajar lelaki bernama M( bukan nama sebenar). M merupakan seorang pelajar yang biasa-biasa saja. Pergi lecture, balik lecture. Petang riadah, main skateboard. Pergi masjid pun hari Jumaat je. Tup tap tup tap, Ramadhan pun tiba, masa tu masjid pun mula la penuh. Orang yang tak pernah nampak muka masa magrib pun tiba-tiba ada. Alah, tak heran pun, Ramadhan.

Pada suatu petang( lepas zohor rasanya) saya ternampak M sedang membaca Al-Quran, dan student-student lain yang tak pernah nampak muka pun ada di masjid. Hari cuti la katakan, banyak masa free. Kalau ikut pengalaman, sementara je semua nie. Masjid penuh bila Ramadhan. Habis Ramadhan, habislah masjid. Walaupun setiap kali masuk masjid, ada je muka M dengan teman-temannya, saya masih beranggapan amalan mereka, kealiman mereka cuma sementara.

Tup tap tup tap, Ramadhan pun habis. Selang beberapa hari lepas cuti habis, semasa masuk ke masjid, ternampak M dengan beberapa temannya. M bukan lagi M yang dulu. M bukan sahaja rajin ke masjid, malah M turut terlibat dengan kerja-kerja dakwah. 5 waktu sehari semalam M memang akan hadir ke masjid. Pada waktu tersebut, saya pun tak turun masjid kalau subuh, solat di bilik je masa tu. Adoih, segan saya dengan M masa tu.

Itulah kesan KEM RAMADHAN. Bila kita join mana-mana kem, kalau dimanfaatkan kem tersebut semaksimum yang mungkin, insyaallah akan ada kesan kepada diri kita. KEM RAMADHAN, kem yang banyak melatih jiwa kita, yang melatih kita mengawal nafsu, dan banyak lagi training-training yang disediakan di kem yang Allah sediakan khas untuk umat Islam. Manfaatkanlah waktu ini wahai sahabat-sahabat…

No comments:

Post a Comment