Monday, December 28, 2009

HMMM…KREATIF…BAGUS,BAGUS….

25 Disember 2009 / 8 Muharram 1431

Pada hari itu saya ada program di Masjid Umar Al-Khattab, bertempat di Bukit Damansara, dekat dengan ofis syarikat. Sesi pagi habis tengahari, jadi lepas itu kami terus solat jumaat di situ.

Apa yang menarik ialah cara khutbah jumaat disampaikan di situ. Bila masuk je ruang solat, terpampang di layar putih dengan jelas tajuk khutbah pada hari itu, “ TAJUK KHUTBAH : KEWAJIPAN ZAKAT “. Secara tidak sedar, orang-orang yang ada di dalam ruang solat sudah sedia untuk dengar khutbah, dan mereka pun boleh agak isi-isi yang akan disampaikan oleh khatib.

Lepas azan kedua, khutbah bermula. Sepanjang khutbah, setiap isi-isi yang disampaikan oleh khatib terpampang di layar putih dalam bentuk yang ringkas dan padat. Makmum yang hadir dapat dengar dan tengok di layar putih isi-isi khutbah. Powerpoint yang khatib pakai pulak colourful, pendek kata, tak membosankan. Pelik, sepanjang khutbah, seriously saya tak menguap langsung, sakit kepala pun tak. Selalu kalau solat jumaat di masjid lain, kepala akan tertekan sikit sebab nak focus dengar khutbah, yela, bukan clear sangat pun microphone kadang-kadang.


(isi-isi khutbah terpampang di layar putih semasa khutbah)


Solat jumaat di Masjid Umar Al-Khattab memang satu daripada pengalaman yang menarik. Tak tau la kalau ada lagi masjid yang bagi khutbah macam ini. Seriously, sangat kreatif. Tak pernah terfikir pulak slide powerpoint boleh tolong melancarkan khutbah.

Syabas Inspektor Sahab !! Syabas !!
Plak plak plak !! (bunyi tepuk tangan).

APA KEJADAH ??

23 Disember 2009 / 6 Muharram 1431 ; KUANTAN

Hari ni hari terakhir saya outstation di Pahang. Sebab dah dua hari pulun buat preventive maintenance di UMP Kampus Gambang dan UMP Kampus Pekan, Abang Bob, klien kami juga staff UMP bagi ‘can’ kami datang ke ofis lambat sikit. So lepas solat subuh berjemaah dengan roommates hotel, ada banyak masa untuk rileks. Tapi saya malas nak lepak lama-lama, baring atas katil hotel takde bintang yang sedap ni, dengan air-cond lagi, silap-silap tak bangun dah kalau tidur balik.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi waktu henset celcom saya, semua roommates hotel saya dah bersiap untuk checkout. Lepas siap semua kerja boleh terus balik shah alam. Buat apa nak duduk kuantan lama-lama, bukan ada duit sangat. Company bagi duit nak hidup di Kuantan cukup-cukup je. Tapi rakan sekerja di bilik lain tak siap lagi, baru bangun masa tu. So kami semua yang dah bersiap kena la tunggu mereka dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Bak kata pepatah, penantian itu satu perkara yang menyeksakan.

Lebih kurang 10 minit kemudian, abang hafiz bersuara,” nama je islam…”.

“Pehal abang Hafiz ?”,tanya saya.

“Tengok belakang. Rilek je orang melayu masuk kedai sport toto beli nombor ekor”, abang Hafiz bersuara lagi sambil menjeling ke belakang.

Memang betul, seorang lelaki melayu yang agak berumur dengan pakaian ofisnya keluar daripada kedai sport toto dengan selamba lalu masuk ke sebuah kereta kancil. Nak pergi kerja agaknya.

Kemudian ada lagi, seorang pemandu lori pula masuk ke kedai tersebut dengan muka tak bersalah dan selang beberapa minit keluar lalu hilang dari pandangan kami.

Selang beberapa minit ada lagi orang melayu yang masuk ke kedai tersebut, selang beberapa minit keluar lalu hilang.

Kalau nak dikira, tak silap saya sepanjang kami tunggu rakan sekerja turun daripada hotel, tak kurang daripada 5 orang melayu yang masuk ke kedai sport toto selang beberapa kedai daripada hotel yang kami tinggal. Dan berdasarkan masa yang mereka ambil untuk keluar kembali, kemungkinan besar mereka sememangnya telah membeli nombor ekor. Lagipun sewaktu mereka keluar, memang mereka memegang sehelai kertas kecil. ???? Apa kejadah ???

Seorang melayu yang di dalam perlembagaan negara dinyatakan islam, masuk ke kedai sport toto, beli nombor ekor.

Apa kejadah ??

Tak rasa malu ke ??

Kalau search gambar-gambar di internet memang gejala ini dah lama berlaku,serius….

Kalau tak percaya cuba la sendiri.

(antara gambar yang saya jumpa di internet)


Tapi….hmmm….bila saya tengok muka mereka selepas beli nombor ekor, selamba je…rilek je…

Apa kejadah nie wei !!??

Apa kejadah nie !!??

Thursday, December 24, 2009

19 Disember 2009 / 3 Muharram 1431H

“Salam.cramah pas isyak kn?”, mesej saya kepada Syafiq.

“Lps magrib la bro.dh start lma dh”,balas Syafiq.

Ingatkan kalau boleh nak makan malan dulu, pastu baru bertolak ke masjid negeri untuk dengar ceramah daripada Yusuf Al-Qardhawi. Lepas dapat tau info yang saya dapat silap, dengan berbekalkan EX5 saya yang dapat dari atuk, saya terus rush dengan kelajuan maksimum(EX5 x laju mane pn) ke masjid negeri. Peluang untnk dengar ceramah daripada beliau bukan senang nak dapat.

Bila sampai masjid je, aiyooo, terkejut saya, banyak nyer kereta, kat dalam masjid banyak, kat luar pn banyak, nasib baik saya naik moto. Rupa-rupanya sama je, moto pn still susah nak parking, hmm…parking je la dalam longkang neh.

Sampai-sampai je azan berkumandang, adoih…sedih sangat masa tu. Ingat ceramah dah habis. Rupa-rupanya belum habis, huh, lega...



…………………………….mula-mula dengar memang tak faham ape. Memang la, Yusuf Al-Qardhawi kan orang arab, kejadah nak faham. Masa tu baru la terdetik di hati,” adoih, kenapa la aku tak power bahasa arab, kalah faham kan best…”. Walaupun memang dah ada yang menterjemah setiap kata-kata beliau, walaupun isi-isi yang disampaikan sama dengan beliau, still, aura yang dikeluarkan tak sama. Bila tengok kat screen putih cara Yusuf Al-Qardhawi sampaikan ceramah beliau, saya tersenyum, semangat betul dia nie, dengan suara yang lantang, pergerakan tangan yang tak henti-henti, senyum lagi tuh, jelas menunjukkan beliau memang menyampaikan ceramahnya dengan bersungguh-sungguh. Walaupun tak faham, memang tak mengantuk sangat.

“ Dalam surah Al-Fatihah ayat ke-5 dan ke-6 dinyatakan, hanya ENGKAU yang kami sembah, dan hanya kepada ENGKAU kami memohon pertolongan, jelas dinyatakan dalam ayat tersebut KAMI, dan bukannya AKU, jelas sekali menunjukkan bahawa Islam sangat memerlukan KUMPULAN dan bukannya INDIVIDU semata-mata untuk tegak berdiri di dunia ini…………”, antara isi yang masih saya ingat daripada ceramah beliau.

*************************************************************************************

“Wabillah taufik wai hidayah, wassalamualaikum aiiyuhal ikhwah wal akhwat, warahmatullahi wabarakatuh ”, bunyinya ayat terakhir beliau pada malam tersebut.

Lepas solat isyak ramai orang nak tangkap gambar beliau, tapi tak dapat, Yusuf Al-Qardhawi dah tua, beliau pun tak berapa sihat, kesian….

Kalau ikutkan, daripada entah berapa ribu orang yang datang nak dengar ceramah beliau, mesti ramai yang nak tengok, berjabat tangan, kalau boleh bergambar dengan beliau. So saya cancelkan je la niat nak tangkap gambar beliau. Pergi la jalan-jalan kat expo maal hijrah kejap sambil makan burger sorang-sorang. Tiba-tiba ada orang telefon. Hmmm ??? Bakar ??

“Oi Che an, ko katne ??”.

“Aku kat masjid negeri la.Pehal kerak ??”.

“Laa…ko kat masjid negeri gak ke ??ko katne ?? aku depan gerai air …”.

“Laa…pesal tak bagitau nak datang ??jap, aku g situ…”.

Laa…datang jugak si kerak nie, dengan si emi ensem pulak tu. Balik-balik jumpa korang, kecik betul dunia nie. Lepas sembang-sembang kejap, kami pn nak balik, on da way menuju ke transport masing-masing, kami ternampak satu area yang agak ramai and riuh, oooo…Yusuf Al-Qardhawi baru nak balik, ape lagi, tunggu jugak la…

*************************************************************************************

“Yusuf Al-Qardhawi tu bagus…tak kira masa dia menulis, masa berdiri dia menulis, masa duduk dia menulis, tu pasal kitab 1000 muka surat kejap je boleh siap…”,kata seorang lelaki di belakang saya kepada seorang ustaz.

“Yeke??”,saya dengan tak malunya terkejut lalu menyampuk.

“Yela. Dia kan memang dah banyak ilmu, sebab tu takde masalah,”kata lelaki tersebut sambil menepuk bahu saya.

Sambil bertongkat Syeikh Yusuf Al-Qardhawi diiring ke kereta. Kata lelaki tadi Syeikh Yusuf Al-Qardawi ada lagi beberapa program yang tak dibuka kepada awam. Mungkin beliau akan tinggal di Malaysia untuk 2 atau 3 hari lagi.

Sebelum kereta beliau bertolak, saya sempat melihat wajah beliau secara live, bukan daripada internet, bukan daripada tv.

Selepas beliau bertolak, rupa-rupanya ada lagi orang besar yang hadir nak bertolak pulang. Mula-mula Menteri Besar Selangor,Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim. Kemudian Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyusul. Yang terakhir lelaki yang tepuk bahu saya tadi. Adoih, laa…orang besar rupanya lelaki tu, tapi apsal saya tak kenal ??? tak kisah la, dah lepas pun.

Bila semua VIP dah balik, kami pun balik la, nak buat ape lagi kat situ. Tapi malam tu memang best, no word can describe it. Tapi harap-harap apa yang saya dengar malam tu bukan sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.Apa-apa perkara yang didengar dan difahami malam tu patut sangat saya dan semua muslimin-muslimat yang hadir amalkan. Datang masjid malam tu bukan sebab nak jumpa orang-orang yang well-known, tapi untuk mencedok sedikit sebanyak ilmu dari beliau.

“Saya bukan nak gambar Yusuf Al-Qardhawi,

Saya bukan nak berjabat tangan dengan Yusuf Al-Qardhawi,

Saya bukan nak anugerah maal hijrah macam Yusuf Al-Qardhawi,

Yang saya nak, ilmu yang tinggi macam Yusuf Al-Qardhawi,

Yang saya nak, semangat juang yang tinggi macam Yusuf Al-Qardhawi,

Kalau saya nak jadi macam Yusuf Al-Qardhawi saya kena bersedia hadapi dugaan yang akan datang,

Kalau saya nak jadi macam Yusuf Al-Qardhawi saya kena kuat,

Kalau saya nak jadi macam Yusuf Al-Qardhawi saya kena kalahkan ‘diri saya’ dulu…

Ya ALLAH bantulah hambaMU yang lemah ini dalam meniti hari-hari yang penuh dengan dugaan…..”

-Solehtaiko Islam