Thursday, December 24, 2009

19 Disember 2009 / 3 Muharram 1431H

“Salam.cramah pas isyak kn?”, mesej saya kepada Syafiq.

“Lps magrib la bro.dh start lma dh”,balas Syafiq.

Ingatkan kalau boleh nak makan malan dulu, pastu baru bertolak ke masjid negeri untuk dengar ceramah daripada Yusuf Al-Qardhawi. Lepas dapat tau info yang saya dapat silap, dengan berbekalkan EX5 saya yang dapat dari atuk, saya terus rush dengan kelajuan maksimum(EX5 x laju mane pn) ke masjid negeri. Peluang untnk dengar ceramah daripada beliau bukan senang nak dapat.

Bila sampai masjid je, aiyooo, terkejut saya, banyak nyer kereta, kat dalam masjid banyak, kat luar pn banyak, nasib baik saya naik moto. Rupa-rupanya sama je, moto pn still susah nak parking, hmm…parking je la dalam longkang neh.

Sampai-sampai je azan berkumandang, adoih…sedih sangat masa tu. Ingat ceramah dah habis. Rupa-rupanya belum habis, huh, lega...



…………………………….mula-mula dengar memang tak faham ape. Memang la, Yusuf Al-Qardhawi kan orang arab, kejadah nak faham. Masa tu baru la terdetik di hati,” adoih, kenapa la aku tak power bahasa arab, kalah faham kan best…”. Walaupun memang dah ada yang menterjemah setiap kata-kata beliau, walaupun isi-isi yang disampaikan sama dengan beliau, still, aura yang dikeluarkan tak sama. Bila tengok kat screen putih cara Yusuf Al-Qardhawi sampaikan ceramah beliau, saya tersenyum, semangat betul dia nie, dengan suara yang lantang, pergerakan tangan yang tak henti-henti, senyum lagi tuh, jelas menunjukkan beliau memang menyampaikan ceramahnya dengan bersungguh-sungguh. Walaupun tak faham, memang tak mengantuk sangat.

“ Dalam surah Al-Fatihah ayat ke-5 dan ke-6 dinyatakan, hanya ENGKAU yang kami sembah, dan hanya kepada ENGKAU kami memohon pertolongan, jelas dinyatakan dalam ayat tersebut KAMI, dan bukannya AKU, jelas sekali menunjukkan bahawa Islam sangat memerlukan KUMPULAN dan bukannya INDIVIDU semata-mata untuk tegak berdiri di dunia ini…………”, antara isi yang masih saya ingat daripada ceramah beliau.

*************************************************************************************

“Wabillah taufik wai hidayah, wassalamualaikum aiiyuhal ikhwah wal akhwat, warahmatullahi wabarakatuh ”, bunyinya ayat terakhir beliau pada malam tersebut.

Lepas solat isyak ramai orang nak tangkap gambar beliau, tapi tak dapat, Yusuf Al-Qardhawi dah tua, beliau pun tak berapa sihat, kesian….

Kalau ikutkan, daripada entah berapa ribu orang yang datang nak dengar ceramah beliau, mesti ramai yang nak tengok, berjabat tangan, kalau boleh bergambar dengan beliau. So saya cancelkan je la niat nak tangkap gambar beliau. Pergi la jalan-jalan kat expo maal hijrah kejap sambil makan burger sorang-sorang. Tiba-tiba ada orang telefon. Hmmm ??? Bakar ??

“Oi Che an, ko katne ??”.

“Aku kat masjid negeri la.Pehal kerak ??”.

“Laa…ko kat masjid negeri gak ke ??ko katne ?? aku depan gerai air …”.

“Laa…pesal tak bagitau nak datang ??jap, aku g situ…”.

Laa…datang jugak si kerak nie, dengan si emi ensem pulak tu. Balik-balik jumpa korang, kecik betul dunia nie. Lepas sembang-sembang kejap, kami pn nak balik, on da way menuju ke transport masing-masing, kami ternampak satu area yang agak ramai and riuh, oooo…Yusuf Al-Qardhawi baru nak balik, ape lagi, tunggu jugak la…

*************************************************************************************

“Yusuf Al-Qardhawi tu bagus…tak kira masa dia menulis, masa berdiri dia menulis, masa duduk dia menulis, tu pasal kitab 1000 muka surat kejap je boleh siap…”,kata seorang lelaki di belakang saya kepada seorang ustaz.

“Yeke??”,saya dengan tak malunya terkejut lalu menyampuk.

“Yela. Dia kan memang dah banyak ilmu, sebab tu takde masalah,”kata lelaki tersebut sambil menepuk bahu saya.

Sambil bertongkat Syeikh Yusuf Al-Qardhawi diiring ke kereta. Kata lelaki tadi Syeikh Yusuf Al-Qardawi ada lagi beberapa program yang tak dibuka kepada awam. Mungkin beliau akan tinggal di Malaysia untuk 2 atau 3 hari lagi.

Sebelum kereta beliau bertolak, saya sempat melihat wajah beliau secara live, bukan daripada internet, bukan daripada tv.

Selepas beliau bertolak, rupa-rupanya ada lagi orang besar yang hadir nak bertolak pulang. Mula-mula Menteri Besar Selangor,Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim. Kemudian Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyusul. Yang terakhir lelaki yang tepuk bahu saya tadi. Adoih, laa…orang besar rupanya lelaki tu, tapi apsal saya tak kenal ??? tak kisah la, dah lepas pun.

Bila semua VIP dah balik, kami pun balik la, nak buat ape lagi kat situ. Tapi malam tu memang best, no word can describe it. Tapi harap-harap apa yang saya dengar malam tu bukan sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.Apa-apa perkara yang didengar dan difahami malam tu patut sangat saya dan semua muslimin-muslimat yang hadir amalkan. Datang masjid malam tu bukan sebab nak jumpa orang-orang yang well-known, tapi untuk mencedok sedikit sebanyak ilmu dari beliau.

“Saya bukan nak gambar Yusuf Al-Qardhawi,

Saya bukan nak berjabat tangan dengan Yusuf Al-Qardhawi,

Saya bukan nak anugerah maal hijrah macam Yusuf Al-Qardhawi,

Yang saya nak, ilmu yang tinggi macam Yusuf Al-Qardhawi,

Yang saya nak, semangat juang yang tinggi macam Yusuf Al-Qardhawi,

Kalau saya nak jadi macam Yusuf Al-Qardhawi saya kena bersedia hadapi dugaan yang akan datang,

Kalau saya nak jadi macam Yusuf Al-Qardhawi saya kena kuat,

Kalau saya nak jadi macam Yusuf Al-Qardhawi saya kena kalahkan ‘diri saya’ dulu…

Ya ALLAH bantulah hambaMU yang lemah ini dalam meniti hari-hari yang penuh dengan dugaan…..”

-Solehtaiko Islam

No comments:

Post a Comment