Thursday, October 8, 2009

Pakcik, saya pressure la, cane ek ???




7 Oktober 2009

Selepas selesai sesi usrah dengan Pakcik Roslan, pakcik bukak masa untuk saya dan ikhwah yang lain untuk tanya soalan, luar topik usrah malam ni pun xpe. Kebetulan masa tu saya pun dibebani dengan pelbagai perkara, dengan asignment yang tak habis-habis, mini project yang belum siap, bukan satu, banyak pulak tu, study pulak tengah serabot. Lalu saya bersuara.

Saya : Honestly sekarang ni saya dalam keadaan yang agak tertekan, banyak asignment yang dengan mini project tak siap lagi, study untuk final lagila,so macam mana saya nak setelkan masalah saya nie ek pakcik?? Pakcik pun dulu student kn??

Pakcik Roslan tersenyum dengar soalan saya dan berfikir sejenak.

Pakcik Roslan :
Heh, macam ni la, che an tengok balik Al-Quran, ada ayat yang tertulis, maksudnya:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Asy-Syarh: 5 – 6)




Masa pakcik student dulu pun sama jugak. Tapi bila pakcik pressure pakcik akan ingat ayat ni. Mungkin sekarang pakcik susah, tapi pakcik yakin selepas yang susah ni akan ada kesenangan yang tunggu. Dengan berfikir macam ni, kurang la pressure pakcik tu.

Ada satu lagi ayat dalam Al-Quran, yang maksudnya:

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya …….” ( Al-Baqarah: 286)

Walaupun che an dengan ikhwah yang lain rasa asignment macam banyak je, dan ada macam-macam lagi tanggungjawab yang kena buat, yakinlah, Allah tidak akan membebani antum melebihi limit antum. Bukankah Allah Maha Mengetahui ...

Lagipun, kalaulah Allah nak ikhwah sekalian lulus dalam exam, tak ada siapa pun yang boleh failkan antum, dan kalaulah Allah nak ikhwah sekalian fail dalam exam, tak ada siapapun yang boleh luluskan antum.

Untuk masa sekarang ni, antum berusaha je la. Biar all out. Nanti bila result dah keluar, apa pun keputusannya, antum bersyukur la. Kalau cemerlang, Alhamdulillah. Kalau fail, bergembira je la.

Ingat ek che an, jangan pressure-pressure. Sebab bagi pakcik, kalau kita pressure, lagilah tak boleh study atau buat kerja lain kan ?


Saya cuma mampu tersenyum selepas mendengar jawapan yang cukup ringkas, tetapi berpandukan Al-Quran daripada Pakcik Roslan. Mungkin saya terlampau menekan diri sendiri. Heh, bila datang usrah, rasa sejuk sikit dalam hati, tapi sangat selesa, seriously.

Pakcik Roslan pulak bukan calang-calang orang.
Siapa sangka disebalik perwatakan alim pakcik, gaji bulanannya sudah mencecah 5 angka. Memang dah kategori orang senang ni. Tapi dalam kesenangan yang pakcik kecapi,
mulutnya tak putus-putus menyebut pasal Islam. Memang respek habis !!!

No comments:

Post a Comment